Kami, KAI OS TECHNOLOGIES (HONG KONG) LIMITED (selepas ini dirujuk sebagai “kami”, atau “Kai”) menghormati kebimbangan anda tentang privasi. Dasar Privasi ini menerangkan dasar dan prosedur kami tentang maklumat peribadi dan maklumat lain mengenai pelanggan kami. Kami ingin memberikan tahap keselesaan dan keyakinan kepada anda tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan dan melindungi maklumat peribadi dan maklumat lain yang kami kumpulkan atau yang anda berikan kepada kami. Dasar Privasi KaiOS (“Dasar Privasi”) ini juga menerangkan cara anda dapat menghubungi kami jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan tentang maklumat peribadi anda.

Skop

Dasar Privasi ini menerangkan secara terperinci dasar dan amalan kami tentang pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat yang kami kumpulkan melalui laman web, aplikasi perisian, halaman media sosial, mesej e-mel kami, serta pembelian atau penggunaan anda terhadap produk atau perkhidmatan kami, atau sebaliknya maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami.

Dengan memberikan maklumat peribadi kepada kami, mengakses laman web kami atau dengan menggunakan produk atau perkhidmatan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi ini dan bersetuju dengan terma dan syarat dalam Dasar Privasi ini.

Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan secara munasabah untuk memastikan bahawa maklumat peribadi anda disimpan dan diproses secara selamat menurut Dasar Privasi ini dan undang-undang yang diterima pakai.

Maklumat peribadi yang kami kumpulkan

Dasar Privasi ini dikenakan pada maklumat peribadi, iaitu maklumat yang dapat digunakan untuk menghubungi atau mengenal pasti individu tertentu.

Kami mengumpulkan maklumat yang anda berikan kepada kami. Kami menerima dan menyimpan dengan selamat apa-apa maklumat apabila anda mencipta ID akaun, membeli produk atau perkhidmatan kami, memuat turun kemas kini perisian, menghubungi kami atau menyertai tinjauan dalam talian.

Kami mengumpulkan maklumat automatik. Kami menerima dan menyimpan jenis maklumat tertentu apabila anda berinteraksi dengan kami.

Kami mengumpulkan maklumat yang digunakan dalam komunikasi e-mel anda dengan KAI. Untuk membantu kami membuatkan e-mel lebih berguna dan menarik, kami kerap menerima pengesahan apabila anda membuka e-mel dari laman web e-beli-belah kami jika peranti anda menyokong keupayaan seperti itu. Kami juga membandingkan senarai pelanggan kami dengan senarai yang diterima daripada syarikat lain, dalam usaha untuk mengelakkan penghantaran mesej yang tidak diperlukan kepada pelanggan kami.

Kami mengumpulkan maklumat daripada sumber lain. Kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada sumber lain, yang mendapat kebenaran daripada anda sendiri untuk memindahkan maklumat seumpama itu kepada pihak ketiga dan menambahnya pada maklumat akaun kami.

Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

  • Maklumat peribadi yang kami kumpul membolehkan kami menyampaikan makluman kepada anda tentang pengumuman produk kami yang terkini, kemas kini perisian dan acara-acara akan datang. Jika anda enggan dimasukkan ke dalam senarai mel kami, anda boleh memilih keluar pada bila-bila masa dengan mengemaskinikan pilihan anda.
  • Kami juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu kami mencipta, membangunkan, mengendalikan, menghantar dan meningkatkan produk, perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami bagi meningkatkan pengalaman pengguna anda secara berterusan.
  • Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan respons kepada pertanyaan anda dan memenuhi permintaan anda.
  • Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda, termasuk tarikh lahir, untuk menentusahkan identiti anda, membantu dengan pengenalpastian pengguna, dan untuk menentukan perkhidmatan yang sewajarnya. Sebagai contoh, kami boleh menggunakan tarikh lahir untuk menentukan umur pemegang akaun pengguna.
  • Dari masa ke masa, kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar notis penting, misalnya komunikasi tentang pembelian dan perubahan kepada terma, syarat dan dasar kami. Disebabkan maklumat ini penting untuk interaksi anda dengan kami, anda tidak boleh memilih keluar daripada menerima komunikasi ini.
  • Kami juga boleh menggunakan maklumat peribadi untuk tujuan dalaman misalnya pengauditan, analisis data dan penyelidikan untuk meningkatkan produk, perkhidmatan dan komunikasi pelanggan kami.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat Bukan Peribadi

Kami juga boleh mengumpulkan maklumat yang tidak, dengan sendirinya, membolehkan interaksi langsung dengan mana-mana individu tertentu. Kami boleh mengumpulkan, menggunakan, memindahkan dan mendedahkan maklumat bukan peribadi untuk apa-apa tujuan. Berikut merupakan beberapa contoh data bukan peribadi yang mungkin kami kumpulkan:

  • Data bukan peribadi seperti bahasa, pengecam peranti unik, URL perujuk, lokasi dan zon waktu di tempat satu daripada produk kami digunakan supaya kami dapat memahami tingkah laku pelanggan dengan lebih baik serta meningkatkan produk, perkhidmatan dan pengiklanan kami.
  • Data bukan peribadi tentang aktiviti pelanggan di laman web kami, perkhidmatan awan atau kedai aplikasi serta daripada produk dan perkhidmatan kami yang lain. Maklumat ini digabungkan dan digunakan untuk membantu kami memberikan maklumat yang lebih berguna kepada pelanggan kami serta memahami bahagian di laman web, produk dan perkhidmatan kami yang paling diminati. Untuk tujuan dasar privasi ini, jenis data ini dianggap sebagai maklumat bukan peribadi.
  • Perincian tentang cara menggunakan perkhidmatan kami, termasuk pertanyaan carian, yang boleh digunakan untuk menambah baik kerelevanan keputusan yang disediakan oleh perkhidmatan kami. Kecuali dalam keadaan terhad bagi memastikan kualiti perkhidmatan kami menerusi Internet, maklumat sedemikian tidak akan dikaitkan dengan alamat IP anda.
  • Dengan keizinan anda, kami boleh mengumpulkan data tentang cara anda menggunakan peranti dan aplikasi anda untuk membantu pembangun aplikasi menambah baik aplikasi mereka.

Sekiranya kami menggabungkan maklumat bukan peribadi dengan maklumat peribadi, maklumat gabungan itu akan diperlakukan sebagai maklumat peribadi selagi maklumat itu kekal digabungkan.

Kuki dan Teknologi Lain

Laman web kami, perkhidmatan dalam talian, aplikasi interaktif, mesej e-mel dan iklan mungkin menggunakan “kuki” dan teknologi lain. Teknologi ini membantu kami lebih memahami tingkah laku pengguna, memberitahu kami bahagian dalam laman web kami yang dilawati oleh pengunjung, dan memudahkan serta mengukur keberkesanan iklan dan carian web. Kami memperlakukan maklumat yang dikumpulkan oleh kuki dan teknologi lain sebagai maklumat bukan peribadi. Walau bagaimanapun, sehingga takat yang alamat IP atau pengecam yang serupa dianggap sebagai maklumat peribadi oleh undang-undang tempatan, kami juga memperlakukan pengecam ini sebagai maklumat peribadi. Begitu juga, sehingga takat yang maklumat bukan peribadi digabungkan dengan maklumat peribadi, kami memperlakukan maklumat gabungan itu sebagai maklumat peribadi untuk tujuan Dasar Privasi ini.

Kai dan rakan niaga kami juga menggunakan kuki dan teknologi lain untuk mengingati maklumat peribadi apabila anda menggunakan laman web, perkhidmatan dalam talian dan aplikasi kami. Matlamat kami dalam kes sebegini adalah untuk membuatkan pengalaman anda dengan Kai lebih menyenangkan dan peribadi. Sebagai contoh, mengetahui bahawa seseorang yang menggunakan komputer atau peranti anda telah membeli-belah produk tertentu atau menggunakan perkhidmatan tertentu membantu kami menjadikan iklan dan komunikasi e-mel kami lebih relevan dengan minat anda.

Anda boleh mengkonfigurasikan pelayar anda untuk menerima semua kuki, menolak semua kuki atau memaklumkan anda apabila kuki dihantar. Setiap pelayar adalah berbeza, maka semak menu “Bantuan” pada pelayar anda untuk mengetahui cara menukar pilihan kuki anda.

Dalam sesetengah mesej e-mel kami, kami menggunakan “URL klikan” yang dipautkan pada kandungan di laman web kami. Apabila pelanggan mengklik satu daripada URL ini, mereka melintasi pelayan web yang berasingan sebelum tiba ke halaman destinasi di laman web kami. Kami menjejaki data klikan ini untuk membantu kami menentukan minat terhadap topik tertentu dan mengukur keberkesanan komunikasi pelanggan kami. Jika anda enggan dijejaki dengan cara ini, jangan klik pautan teks atau grafik dalam mesej e-mel.

Adakah Kami Berkongsi Maklumat?

Kami tidak berkongsi maklumat peribadi dengan syarikat, organisasi dan individu di luar Kai kecuali apabila melibatkan satu daripada keadaan yang berikut. Kai boleh berkongsi maklumat peribadi dengan keizinan anda.

Kami boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada sekutu kami apabila perlu untuk menjalankan perkhidmatan bagi pihak kami atau bagi pihak anda.

Kami bekerjasama dengan syarikat dan individu untuk menjalankan fungsi bagi pihak kami. Contoh termasuk memenuhi pesanan, menghantar bungkusan, menghantar surat-menyurat dan e-mel, mengeluarkan maklumat yang berulang daripada senarai pelanggan, menganalisis data, memberikan bantuan pemasaran, menyediakan keputusan carian dan pautan (termasuk senarai dan pautan berbayar), memproses pembayaran kad kredit dan memberikan khidmat pelanggan. Mereka mempunyai akses kepada maklumat peribadi yang diperlukan untuk menjalankan fungsi mereka, tetapi tidak boleh menggunakannya untuk tujuan lain.

Kami akan berkongsi maklumat peribadi dengan organisasi atau individu di luar organisasi kami jika kami meyakini bahawa akses, penggunaan, pemeliharaan atau pendedahan maklumat adalah diperlukan secara munasabah untuk:

  • memenuhi apa-apa undang-undang yang diterima pakai, peraturan, proses guaman atau permintaan kerajaan yang boleh dikuatkuasakan.
  • mengesan, mencegah atau sebaliknya menangani penipuan alamat, isu keselamatan atau teknikal.
  • melindungi hak, harta atau keselamatan pengguna kami atau orang awam daripada kemudaratan, seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.

Keselamatan dan Ketelusan

Kami akan berusaha untuk mengambil semua langkah dan prosedur fizikal, teknikal dan organisasi yang munasabah untuk melindungi dan menjamin maklumat peribadi yang kami kumpulkan melalui produk, perkhidmatan dan laman web kami.

Kami bekerja keras untuk melindungi reputasi syarikat kami dan pengguna kami daripada akses yang tidak dibenarkan atau pengubahan yang tidak dibenarkan, pendedahan atau pemusnahan terhadap maklumat peribadi yang kami simpan. Terutamanya:

  • Kami menyemak semula amalan pengumpulan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat kami, termasuk langkah-langkah keselamatan fizikal, untuk melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan kepada sistem;
  • Kami menggunakan penyulitan jika sesuai;
  • Kami menggunakan pelindungan kata laluan jika sesuai;
  • Kami mengehadkan akses kepada maklumat peribadi kepada pekerja, kontraktor dan ejen kami yang perlu mengetahui maklumat itu supaya dapat memprosesnya untuk kami dan mereka tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan berkontrak yang ketat. Mereka perlu berdisiplin atau kontrak mereka boleh ditamatkan jika mereka gagal untuk memenuhi kewajipan ini.

Walau bagaimanapun, langkah-langkah ini tidak melepaskan anda daripada mengambil langkah-langkah yang sesuai supaya menjaga maklumat peribadi anda dengan selamat dan terjamin, terutamanya dengan mengelakkan ID pengguna atau kata laluan yang jelas, dengan memastikan anda tidak mendedahkan kata laluan anda atau memberi orang lain akses kepada akaun pengguna dan maklumat peribadi anda, dan apa-apa langkah perlindungan lain yang diterima pakai.

Berkenaan ketelusan, matlamat kami adalah untuk menyatakan dengan jelas tentang maklumat yang kami kumpulkan, supaya anda dapat membuat pilihan tentang cara maklumat itu digunakan.

Jika anda berkongsi maklumat peribadi melalui satu daripada laman web, perkhidmatan atau produk kami dengan akaun pihak ketiga, misalnya Facebook, Google + atau Twitter, sila maklum bahawa privasi maklumat peribadi anda akan diuruskan oleh satu daripada pihak ketiga itu masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ganti rugi disebabkan apa-apa kehilangan data, kerosakan atau pelesapan yang boleh berlaku terhadap profil pihak ketiga anda yang kami tiada kawalan ke atasnya.

Apa-apa maklumat peribadi atau kandungan yang anda dedahkan secara sukarela sewaktu menggunakan laman web, perkhidmatan atau produk kami dan yang dapat dilihat oleh ahli aplikasi atau tapak pihak ketiga (misalnya ruangan sembang, dalam mesej), menjadi dapat dilihat oleh khalayak dan boleh dikumpulkan, dilihat dan digunakan oleh orang lain. Anda bertanggungjawab terhadap maklumat peribadi yang anda pilih untuk dikongsi atau diserahkan.

Kanak-kanak

Kami memahami kepentingan untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan bagi melindungi privasi dan keselamatan kanak-kanak yang menggunakan produk dan perkhidmatan kami. Sewajarnya, kami tidak akan dengan sengaja mengumpulkan, menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak berumur kurang daripada 13 tahun, atau umur minimum yang setara dalam bidang kuasa yang relevan, tanpa keizinan ibu bapa yang dapat ditentusahkan. Jika kami mengetahui bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berumur kurang daripada 13 tahun, atau umur minimum yang setara bergantung kepada bidang kuasa, tanpa menerima dahulu keizinan daripada ibu bapa yang dapat ditentusahkan, kami akan mengambil langkah untuk memadam maklumat itu secepat yang mungkin.

Perubahan

Dasar Privasi kami boleh berubah dari masa ke masa. Kami akan mengirimkan apa-apa perubahan Dasar Privasi pada halaman web dan, jika perubahan itu besar, kami akan memberikan notis yang lebih ketara (termasuk, untuk perkhidmatan tertentu, pemberitahuan e-mel tentang perubahan Dasar Privasi). Kami juga akan menyimpan versi terdahulu Dasar Privasi ini dalam arkib untuk semakan anda.

Versi semasa bertarikh 30 Jun 2017.

Penyimpanan Maklumat Peribadi

Kami menyimpan maklumat peribadi anda selama tempoh terhad yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Dasar Privasi ini melainkan tempoh penyimpanan yang lebih lama diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan hanya untuk tujuan yang ditakrifkan di atas. Setelah tujuan itu tercapai, semua maklumat peribadi dipadam dengan cara yang selamat dan terjamin.

Perkhidmatan Berasaskan Lokasi

Untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan lokasi bagi produk kami atau produk rakan niaga kami, Kai dan rakan niaga kami serta pemegang lesen boleh mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi data lokasi yang tepat, termasuk lokasi geografi masa nyata bagi peranti anda. Jika ada, perkhidmatan berasaskan lokasi boleh menggunakan GPS, Bluetooth dan alamat IP anda, bersama dengan hotspot Wi-Fi sumber khalayak dan lokasi menara sel, serta teknologi lain untuk menentukan lokasi anggaran peranti anda. Melainkan anda memberikan keizinan, data lokasi ini dikumpulkan secara tanpa nama dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi dan digunakan oleh Kai dan rakan niaga kami dan pemegang lesen untuk memberikan dan meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan lokasi. Sebagai contoh, peranti anda boleh berkongsi lokasi geografinya dengan penyedia aplikasi apabila anda memilih untuk menyertai perkhidmatan lokasi mereka.

Tapak dan Perkhidmatan Pihak Ketiga

Laman web, produk, aplikasi dan perkhidmatan Kai boleh mengandungi pautan ke laman web, produk dan perkhidmatan pihak ketiga. Produk dan perkhidmatan Kai juga boleh menggunakan atau menawarkan produk atau perkhidmatan daripada pihak ketiga. Maklumat yang dikumpulkan oleh pihak ketiga, mungkin termasuk perkara seperti data lokasi atau butiran hubungan, ditadbir oleh amalan privasi mereka. Kami menggalakkan anda untuk mengetahui tentang amalan privasi pihak ketiga tersebut.

Hak anda: Akses, Edit, Sekat

Anda boleh mengakses, menyemak semula dan mengedit maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengelog masuk ke akaun pengguna anda, melawati profil pengguna anda atau dengan menghubungi kami secara terus. Sekiranya anda menghendaki kami untuk mengedit atau memadam maklumat peribadi anda, kami boleh meminta anda untuk menyediakan bukti identiti anda sebelum kami dapat bertindak terhadap permintaan anda.

Anda juga boleh memadam atau menyekat data anda seperti yang sewajarnya, sekiranya anda yakin bahawa data anda adalah tidak tepat.

Untuk apa-apa permintaan seperti yang ditakrifkan di atas, anda boleh menghantar permintaan anda ke alamat e-mel yang berikut: privacy@kaiostech.com

Di bawah bidang kuasa dan undang-undang perlindungan data yang tertentu, anda mungkin berhak untuk meminta butiran maklumat peribadi anda yang kami simpan tentang diri anda atau untuk meminta pembetulan atau pemadaman maklumat peribadi anda.

Sila bantu kami memastikan bahawa maklumat peribadi yang kami simpan tentang diri anda adalah tepat dan terkini. Jika anda fikir apa-apa maklumat peribadi yang kami simpan tentang diri anda adalah salah atau tidak lengkap, sila hubungi kami menerusi privacy@kaiostech.com.

Pertanyaan Tentang Privasi

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kebimbangan tentang Dasar Privasi atau pemprosesan data atau jika anda ingin membuat aduan tentang kemungkinan pelanggaran terhadap undang-undang privasi tempatan, sila hubungi kami. Anda sentiasa boleh menghubungi kami melalui e-mel menerusi alamat privacy@kaiostech.com.

Semua komunikasi disemak dan balasan dikeluarkan seperti yang sewajarnya secepat yang mungkin. Jika anda tidak berpuas hati dengan balasan yang diterima, anda boleh merujukkan aduan anda kepada pengawal selia yang berkenaan dalam bidang kuasa anda. Jika anda bertanya kepada kami, kami akan berusaha untuk memberi anda maklumat tentang saluran aduan yang berkaitan yang mungkin boleh digunakan dalam keadaan anda.